Of all the place to die!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 2, 2009

hey uOls!!!
Hari ini ialah hari paling menjijikkan dari segala hari menjijikkan...

Nak dengar cerita tak? Begini....

Weekend haritu, aku balik Seremban. So, pagi tadi, baru balik bilik asrama. Sampai-sampai jer dengan keletihan aku tros la online (nak jugak!) . Sedang-sedang enak aku beronline-an tiba-tiba hidung aku tertangkap bau yang sangat menusuk kalbu. Bau yang menusuk tu sangat menusuk sampai jantung aku nk lari dari tempatnya.




Aku pon mula la men-CSI everything atas meja aku, bau dia seakan-akan kuah petis rojak. Hm..pelik juga kerana takde lak aku makan rojak sejak akhir2 ni di bilik sehingga boleh meninggalkan bau. Kalau ada pn kat kedai jerla. Aku sniff2 atas meja agak, baunya lari2. Aku sniff2 bawah meja, tempat CPU aku terletak. Semakin kuat. hm.. Pelik gila... Aku sniff2 atas balik. Bau nyer ke kanan ke kiri.. Aku bau bawah meja lagi..Tekak aku macam nk terkeluar. Aku rasa macam ada pengalaman ni sebelum ni. tapi di tempat awam. So,dengan pengalaman itu aku mengeluarkan suatu hipotesis. Ada "sumthing" kat bawah tu. Dengan tak puashatinya, aku anjakkan katil (aku smenanyer duk atas katil on9 kat PC. Tak duk atas krosi. Hahahah!!) dan dengan yakinnya menjenguk ke bawah meja.
.....
....
...
..
.
MASYAALLAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!



Ini ialah gambaran. Keadaan sebenar lebih teruk dari ini. MATIIIIII!!!!!!


Aku nengok seekor cicak telah meninggal dunia dengan horrornya. Aku suspek ini kes homisid geng kongsi gelap sebab takde waris yang menuntut mayatnye. Ish.. Sebelum nampak tadi mmg da busok, bila da nampak ni, makin menyucuk2 bau-bauan ittew ke rongga hidung aku. Mula-mula, aku agak buntu kerana mayat tidak dapat dikeluarkan dengan mudah kerana telah berasimilasi di dalam simen itu. Maka proses penyingkiran adalah sukar b*bi. Aku agak buntu, igt nak mintak tlg macik kleaner tlg anokan..Tapi, setelah termenung beberapa lama(lgpon makcik kleaner tak datang2 lagi). Nampaknya aku kena wat kerja sosial la ni dan mengkuburkan beliau bukan satu proses yang mudah.Sangat-sangat-sangat memerlukan keazaman dan keyakinan yang tinggi. Aku tak kisah akan mayat tersebut ialah seekor lizard. Yang tak leh blah ialah body-odour dia. Aishhhh! So, aku siap2 cover hidung dan molot dari bau-bauan menggunakan selendang Pashmina yang dibeli di Jalan TAR(sebab selendang tu tebal) dan memulakan operasi biohazard 0.0.7.





Setelah beberapa lama aku bertungkus lumus menyempurnakan proses pengkebumian lizard tersebut. Still ada bau2 lagik walaupun tempatnya sudah putih unggul. Aku suspek ialah residue2 selepas kematian.Aku letak suakkabar banyak2 konon utk menyah bau yang ujud. Operasi itu tidak berjaya.

Skang aku buntu kembali. camno nk buang bau nehhhhh!!!!!!

Comments

5 Responses to “Of all the place to die!!!!!!!!!!!!!”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

sila pecahkan sebotol perfume betul2 di tempat mayat di jumpai...

uiiks!

dah guna cara tu..(tp tak pecahkan botol tu la. matila kak!! perfume mahai~)...tp lepas berlalu jer bau yg harum tu datang balik. waaa~

eeeuuuww!
klo Pojie sure dah sental guna Ajax Fabuloso sure ilang busuk jadik wangi..
btol..
tp kes nih ok lg..
dulu kat blk kwn Pojie yg pengotor ada Ratatoulle (a.k.a. tikus) mampos bawah katil..
macam nk fengsan bau dia..
tuan punyer blk boleh duk rileks, cilakak!

huhu~ yeker Pojie???
sangat euwwwwww!!!
camne de bleh rileks jerr??
huhu~

hu~ mane de ajax fabuloso di sini. huk2!
dah sental pakai klorok jew. ok sket la...
weeeee!!!

semburkan sebanyak boleh febreeze pada sehelai selendang. tekapkan dua malam. lepas tu tgk la hasil yang memuaskan.

p/s: kalau tak hilang juga....simen baru lantai tu.