Edisi Lebaran~~~

Saturday, September 19, 2009

Sekian lama ku tidak menjenguk blog ini. Bukan tak sudi, bukan tak simpati. Cuma sibuk ber Facebook plus membuat tugasan yang tak henti berkunjung.


Sedar tak sedar(serius tak sedar~~) dah sebulan kita menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan poser. Semoga puasa dan ibadah sepanjang bulan ini mendapat berkat dan pahala adanya. 


Crite2 pasal puasa, mesti yang lebih mengujakan ialah bulan seterusnya kan. Iaitu bulan meraikan perjuangan sebulan umat Islam seluruhnya. Bulan Syawal aka Raya~~~ Wee~~


hmm. Tahun ni ku agak teruja untuk raya, siap 3 kali pusing Jalan TAR for the sake of raya Shopping. Tak beli apa pon, memang saja berjalan2. hihik! Memang sangat ramai orang. Baru bukak kedai tros dah ada pelanggan. Syukur bg mereka, rezeki di bulan Ramadhan.


Tahun ini, seperti raya-raya sebelumnya, aku akan beraya pertama di Kota Singa dahulu, saat hari raya ketiga baru akan bermula marathon di rumah keluarga belah Johor pula. Seminggu jumlah masa kesemuanya. Dijadualkan hari Sabtu depan baru ku pulang ke tanah tumpah darah Negeri Sembilan tercinta. Letih wOo~


Raya kali ini, diharap ku dapat la duit raya lagi(mmg muka tak malu~) Mungkin raya ni adalah yang terakhir akan dapat duit raya(InsyaAllah kalaw kerja tahun depan)..Huwaaa!!!


Kepada yang sudah berada di kampung halaman, luangkanlah masa-masa berharga ni bersama ahli-ahli keluarga. Jangan duk berfacebook atau merempit saje. Bukan selalu dapat berkumpul bersama-sama. Kadang-kadang ada yang setahun sekali baru jumpe. Hisk! Sedih tol~


Kepada yang tidak dapat pulang beraya, ataupun pagi raye tuh baru bleh balek...Sabor jerla. Dugaan di hari raya sangats...Jangan la nangih lak dengo lagu raya sedih2 di pagi raya tuh..





Dikesempatan ini, ku nk pohon ampun dan maaf atas segala tersilap langkah perbuatan, tersasul kata, termengumpat, terhutang budi mahupun material terutamanya kepada ahli keluarga, teman-teman seperjuangan dan tak seperjuangan, para pembaca, dan juga kepada yang tak dikenali untuk kesalahan yang belum aku lakukan.


Akhir kata dari aku:~


****************************





Ok dah!
Tu jer, G beraya~
Cheers!!!
XD

Comments

One response to “Edisi Lebaran~~~”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

baiklah oyen...
aku dah ampunkan semua dosa2 mu yg berguni2 itu.. muahaha

oit, gi johor dtg la raya umah ejay eh?