meet the newest member of the clan.

Monday, November 16, 2009



meet : CINTA


DOB : 5 Nov 2009


.....


Hari ini : 4 November 2009

Wednesday, November 4, 2009

DEDUKSI HARI INI...


Prinsip Kewangan Korporat



Emosi







Seperti mau...






Aku mungkin perlu mengubah profession: 





Ataupun....




....
...
..
.
.
.....................


p/s: 

Masa lunch tadi terserempak dengan :





:)
Weeeeeee~

________________________________________________________




coming soon

Tuesday, November 3, 2009

getting this new baby soon...


rasenya which one should i get?


BLACK?


RED?


.................

Esok adalah paper Prinsip Kewangan Korporat, I dunno sumhow I am SuPER DUPER gerumuh!!!!
huwaaaaa!~
wish me luck guys...i think i really need loads of it...

Of all the place to die!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 2, 2009

hey uOls!!!
Hari ini ialah hari paling menjijikkan dari segala hari menjijikkan...

Nak dengar cerita tak? Begini....

Weekend haritu, aku balik Seremban. So, pagi tadi, baru balik bilik asrama. Sampai-sampai jer dengan keletihan aku tros la online (nak jugak!) . Sedang-sedang enak aku beronline-an tiba-tiba hidung aku tertangkap bau yang sangat menusuk kalbu. Bau yang menusuk tu sangat menusuk sampai jantung aku nk lari dari tempatnya.




Aku pon mula la men-CSI everything atas meja aku, bau dia seakan-akan kuah petis rojak. Hm..pelik juga kerana takde lak aku makan rojak sejak akhir2 ni di bilik sehingga boleh meninggalkan bau. Kalau ada pn kat kedai jerla. Aku sniff2 atas meja agak, baunya lari2. Aku sniff2 bawah meja, tempat CPU aku terletak. Semakin kuat. hm.. Pelik gila... Aku sniff2 atas balik. Bau nyer ke kanan ke kiri.. Aku bau bawah meja lagi..Tekak aku macam nk terkeluar. Aku rasa macam ada pengalaman ni sebelum ni. tapi di tempat awam. So,dengan pengalaman itu aku mengeluarkan suatu hipotesis. Ada "sumthing" kat bawah tu. Dengan tak puashatinya, aku anjakkan katil (aku smenanyer duk atas katil on9 kat PC. Tak duk atas krosi. Hahahah!!) dan dengan yakinnya menjenguk ke bawah meja.
.....
....
...
..
.
MASYAALLAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!



Ini ialah gambaran. Keadaan sebenar lebih teruk dari ini. MATIIIIII!!!!!!


Aku nengok seekor cicak telah meninggal dunia dengan horrornya. Aku suspek ini kes homisid geng kongsi gelap sebab takde waris yang menuntut mayatnye. Ish.. Sebelum nampak tadi mmg da busok, bila da nampak ni, makin menyucuk2 bau-bauan ittew ke rongga hidung aku. Mula-mula, aku agak buntu kerana mayat tidak dapat dikeluarkan dengan mudah kerana telah berasimilasi di dalam simen itu. Maka proses penyingkiran adalah sukar b*bi. Aku agak buntu, igt nak mintak tlg macik kleaner tlg anokan..Tapi, setelah termenung beberapa lama(lgpon makcik kleaner tak datang2 lagi). Nampaknya aku kena wat kerja sosial la ni dan mengkuburkan beliau bukan satu proses yang mudah.Sangat-sangat-sangat memerlukan keazaman dan keyakinan yang tinggi. Aku tak kisah akan mayat tersebut ialah seekor lizard. Yang tak leh blah ialah body-odour dia. Aishhhh! So, aku siap2 cover hidung dan molot dari bau-bauan menggunakan selendang Pashmina yang dibeli di Jalan TAR(sebab selendang tu tebal) dan memulakan operasi biohazard 0.0.7.





Setelah beberapa lama aku bertungkus lumus menyempurnakan proses pengkebumian lizard tersebut. Still ada bau2 lagik walaupun tempatnya sudah putih unggul. Aku suspek ialah residue2 selepas kematian.Aku letak suakkabar banyak2 konon utk menyah bau yang ujud. Operasi itu tidak berjaya.

Skang aku buntu kembali. camno nk buang bau nehhhhh!!!!!!

Oyen : Cerita Black

Friday, October 30, 2009



Orang kata setiap individu di dalam dunia ni ada identiti tersendiri.

Assalamualaikum.
Hai...
Saya Oyen.
Saya bukan pencerita dan pengkisah yang baik namun, diharap anda faham dengan kisah repekan tapi benar ini.

Kisah ini bermula sejak tahun 2003, saya bertemu dengan Black.Si Kacamata, Black agak biasa fizikalnya, tiada istimewa, but i love it just the way it is..Sepanjang tahun berlalu kami bagai pasangan bahagia. Saya tidak boleh hidup tanpa kehadirannya. Kami sentiasa dikorelasikan bersama, di mana Oyen adalah Black dan Black itu Oyen.How weird it can be but that is just us. Itu adalah identiti kami.

Sepanjang memiilkinya, Black sentiasa berada di sisi saya. Biarpun masa tidur. Somehow i feel so damn insecure tanpa kehadiran Black. Saya malu berhadapan orang lain tanpa Black. Hal ini mungkin berkaitan dengna pengalaman saya dicerca apabila tidak berspek. Ya. Fizikal mata saya bundar. Mencetuskan ketakutan ke atas orang lain melihat saya tanpa spek. So I keep the world away from Oyen beneath those glasses.

I have kept myself in Black for so many years. Until one day, terbuka hati (dan dompet) saya untuk mencuba memakai kanta lekap@kontak lens.pengganti Black. Black tak merungut tetapi gembira melihat saya dalam keberanian mencuba sesuatu yang baru, yang tak pernah saya fikir untuk lakukan.

Langkah itu merupakan suatu pengalaman yang baru, saya dapat melihat dunia dengan berbeza(sbb power lain.haha) It's like i'm invisible! I can walk thru walls and jump from the top of 100 storeys building. The skies never been bluer, the grass is greener and my screen is clearer(haha).Memang sukar untuk menerima keadaan yang baru ini. Seringkali menungan mnjadi kawan baik saya. Benarkah jalan yang ku langkah ini?

Walau apa sekalipun, Black sangat terharu kerana saya akhirnya dapat menjalani kehidupan tanpa dirinya.Little did it knows, kanta lekap ini bisa membuatkan saya lalai, lupa pada Black. Beberapa hari yang pertama, Black saya sisipkan bersama walau kemana saya pergi meskipun tidak memerlukan bantuannya. saya masih belum merasa cukup keyakinan untuk berdiri tanpanya. Meskipun bukan pada tempatnya, Black gembira kerana saya masih ingin berada disisinya walau bukan seperti waktu dulu. Setelah beberapa ketika, apabila saya bisa bernafas, saya tinggalkan Black di sudut itu. Disuatu sudut yang kadangkala menyebabkan saya lupa siapa Black. Sudut itu, gelap. Black tetap setia.

Saya teruskan kehidupan tanpa Black, ada orang kata saya nampak berbeza, ada org tak dapat mengenali atau mengecam saya pd sekali pandangan. Masa yang berlalu berjaya mengubat dunia yang tidak dapat menerima saya suatu ketika dulu. I'm so euphoric that i am finally free~~ Bebas seperti burung...

Atas kekurangan nya, pengganti Black harus akur dia tidak boleh berkhidmat sepanjang masa. Saat tiba waktunya,saya harus kembali ke kehidupan yang lama. Teraba-raba tanpa arah tuju. Pada suatu malam itu, hati saya sayu, rasa rindu pada Black. Saya menjenguk kembali kesudut, di mana Black saya tinggalkan. Black masih disitu, tersenyum. Black tidak pernah marah dan tidak juga cemburu Masih setia di tempat lamanya, seperti waktu dulu.

Walau dunia tak secerah selalu, tetapi saya gembira kerana dapat bersama Black kembali zaman yang lalu. Black tidak tahu itu hanya sementara waktu. Kata-kata Black malam itu
"aku tetap akan bersamamu, hingga akhir nafasku. Kerna kau adalah hidupku"....